Sunday, January 20, 2013

Penyanyi Rap Perancis Memeluk Islam

"It was the first time that I touched the floor with head, and I had a strong feeling that I have never experienced before, and I believe now that kneeling in prayer, shouldn’t be done to anyone but Allah."

Mélanie Georgiades
(formerly she was known as a French rapper Diam)

Continue reading

5 post sebelum ini
Rahsia Sujud Daripada Rasulullah s.a.w
Video Dalam Stadium Merdeka #KL112
Gol Pertama Nazmi Faiz Untuk SC Beira-Mar Portugal
Jangan Lupa Diri Anda Sekali

Saturday, January 12, 2013

Video Dalam Stadium Merdeka #KL112

Gol Pertama Nazmi Faiz Untuk SC Beira-Mar Portugal

Bekas pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor terus memberi persembahan mengagumkan di Portugal apabila dia membantu pasukannya, SC Beira-Mar, memenangi perlawanan liga pada hari Sabtu.

Midfielder lincah dari Keramat, Kuala Lumpur ini menjaringkan gol - rasmi yang pertama untuk kelab itu, dan membantu rakan sepasukan Ricardo Tavares dalam kemenangan 2-0 menentang Academico de Ciseu.


Dengan kemenangan itu, SC Beira-Mar kini memimpin Liga Portugal Bawah-19 dengan 19 mata, setelah mencipta enam kemenangan dan satu seri setakat ini.

Luis Antonio, jurulatih Nazmi di kelab itu, memberikan ulasan positif mengenai kemajuan pemain tengah itu di Portugal selepas perlawanan.

"Beliau bertambah baik. Saya percaya dia mempunyai masa depan yang cerah di sini," katanya kepada laman web rasmi SC Beira-Mar.

Nazmi kini diberi peluang untuk diserapkan ke dalam pasukan utama di Liga Primeira Portugal dalam perlawanan merebut kejuaraan akan datang berikutan beliau merupakan dengan termuda.

Berikut adalah pautan untuk video gol pertama beliau:





5 post sebelum ini
Jangan Lupa Diri Anda Sekali
Mak Pesan Jangan Meminta-minta Pada Orang
Memberi Teladan Adalah Cara Mencela Paling Mulia
Percikan Air Kencing Dan Seksa Kubur

Tuesday, January 8, 2013

Lelaki Pertama Membawa Quran & Azan Di Everest


On the 21st of May 2008 and after 60 days of climbing, 30 year old, Farouq Alzouman became the first Saudi to reach the tip of Mount Everest.

He is the first man in history to carry the Quran with him to the summit and the first Muslim to make a call for prayer on nature's highest pulpit, with an altitude of more than 8848 meters and a temperature below -50 C˚.

Continue reading...




5 post sebelum ini
Mak Pesan Jangan Meminta-minta Pada Orang

Memberi Teladan Adalah Cara Mencela Paling Mulia
Percikan Air Kencing Dan Seksa Kubur 
Hadis Nabi Pada Air Botol Mineral 
Lesung Pipit Itu Kecacatan Yang Indah

Sunday, January 6, 2013

Mak Pesan Jangan Meminta-minta Pada Orang

KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

Tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" "Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan
airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu," Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.



Iklan



5 post sebelum ini
Memberi Teladan Adalah Cara Mencela Paling Mulia
Percikan Air Kencing Dan Seksa Kubur 
Hadis Nabi Pada Air Botol Mineral 
Lesung Pipit Itu Kecacatan Yang Indah
3 Perkara Menghapuskan Dosa