Monday, December 31, 2012

Percikan Air Kencing & Seksa Kubur

Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w datang kepada dua kubur dan bersabda,

"Penghuni dari kedua kubur ini sedang diseksa tetapi bukan kerana dosa besar (yang susah untuk dihindari). Yang pertama kerana tidak menjaga dirinya dari percikan kencing dan sebahagian yang lain diseksa kerana sentiasa memfitnah."

Hadis Riwayat Bukhari



Iklan




5 post sebelum ini
Hadis Nabi Pada Air Botol Mineral 
Lesung Pipit Itu Kecacatan Yang Indah
3 Perkara Menghapuskan Dosa
Cara Rasulullah Memanggil Isterinya
Umatku Akan Ditimpa Penyakit 

Saturday, December 29, 2012

Hadis Nabi Pada Botol Air Mineral

Syarikat air Australia. Active Oragnic Spring Water meletakkan hadis Rasulullah s.a.w pada label setiap botol air mineral keluarannya.

Do not waste water even if you were at a running stream” 


Sa’ad bertanya, “Apakah terhadap air (ketika berwudhuk) juga dikatakan membazir?” Nabi s.a.w bersabda, “Ya, walaupun apabila engkau berada dalam sungai yang mengalir.”

Riwayat Ahmad dan Ibn Majah.




Iklan




5 post sebelum ini
Lesung Pipit Itu Kecacatan Yang Indah
3 Perkara Menghapuskan Dosa
Cara Rasulullah Memanggil Isterinya
Umatku Akan Ditimpa Penyakit
Doa Jika Bertemu Dengan Orang Lebih Tua 


Wednesday, December 26, 2012

Lesung Pipit Itu Kecacatan Yang Indah

"Lesung pipit adalah kecacatan pada otot Zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia lebih pendek berbanding normal. Jadi apabila tersenyum akan berlaku lekuk di bahagian tersebut. Namun ternyata ia satu 'kecacatan yang indah' sebenarnya."

Rujukan berikutnya...




5 post sebelum ini
3 Perkara Menghapuskan Dosa
Cara Rasulullah Memanggil Isterinya
Umatku Akan Ditimpa Penyakit
Doa Jika Bertemu Dengan Orang Lebih Tua
Terangi Aku Dengan Tahajud 

Tuesday, December 25, 2012

3 Perkara Menghapus Dosa

"Ada 3 perkara yang dapat menghapus dosa. Tunggu masuk waktu solat, berwuduk pada pagi hari yang sejuk, melangkah kaki untuk solat berjemaah."

Hadis Riwayat At-Tabrani



Iklan


Sunday, December 23, 2012

Cara Rasulullah Memanggil Isteri

"Rasulullah s.a.w sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contohnya Aisyah r.ha dipanggil dengan panggilan 'Humaira' yang bermaksud, yang kemerah-merahan oleh baginda."



5 post sebelum ini

Umatku Akan Ditimpa Penyakit

Rasulullah s.a.w bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?"

Nabi s.a.w menjawab, "Penyakit-penyakit itu adalah, terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga menjadi zalim-menzalimi."

Hadis Riwayat Hakim
 

Jika Bertemu Orang Lebih Tua

"Jika kamu melihat orang yang lebih tua, katakanlah, 'Orang ini lebih dulu mendahuluiku dalam beriman dan beramal soleh, maka ia lebih baik dariku'."

Bakar bin Abdillah al-Muzani


Image © Photograph by Zann Huang in Iraq



5 post sebelum ini