Saturday, January 12, 2013

Gol Pertama Nazmi Faiz Untuk SC Beira-Mar Portugal

Bekas pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor terus memberi persembahan mengagumkan di Portugal apabila dia membantu pasukannya, SC Beira-Mar, memenangi perlawanan liga pada hari Sabtu.

Midfielder lincah dari Keramat, Kuala Lumpur ini menjaringkan gol - rasmi yang pertama untuk kelab itu, dan membantu rakan sepasukan Ricardo Tavares dalam kemenangan 2-0 menentang Academico de Ciseu.


Dengan kemenangan itu, SC Beira-Mar kini memimpin Liga Portugal Bawah-19 dengan 19 mata, setelah mencipta enam kemenangan dan satu seri setakat ini.

Luis Antonio, jurulatih Nazmi di kelab itu, memberikan ulasan positif mengenai kemajuan pemain tengah itu di Portugal selepas perlawanan.

"Beliau bertambah baik. Saya percaya dia mempunyai masa depan yang cerah di sini," katanya kepada laman web rasmi SC Beira-Mar.

Nazmi kini diberi peluang untuk diserapkan ke dalam pasukan utama di Liga Primeira Portugal dalam perlawanan merebut kejuaraan akan datang berikutan beliau merupakan dengan termuda.

Berikut adalah pautan untuk video gol pertama beliau:





5 post sebelum ini
Jangan Lupa Diri Anda Sekali
Mak Pesan Jangan Meminta-minta Pada Orang
Memberi Teladan Adalah Cara Mencela Paling Mulia
Percikan Air Kencing Dan Seksa Kubur

No comments: